|
Written by Administrator
|
|
Pusat Komuniti Telecentre (PKT) yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Melaka ini bertujuan untuk memberi kemudahan capaian internet kolektif kepada komuniti tempatan di dalam Negeri Melaka.Setiap Pusat Komuniti Telecentre (PKT) akan dilengkapi dengan kemudahan internet jalur lebar dan peralatan IT terkini bagi memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat di luar bandar, setaraf dengan apa yang sedang digunapakai oleh masyarakat di bandar masa kini.
Disamping itu, beberapa perisian dan kemudahan internet khusus akan
dibangunkan serta aktiviti berkaitan teknologi maklumat akan dianjurkan di setiap Pusat Komuniti Telecentre (PKT) agar komuniti tempatan akan dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka.
Adalah diharapkan agar Pusat Komuniti Telecentre (PKT) ini akan dapat menyumbang ke arah mencapai kejayaan dalam inisiatif kebangsaan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar, selaras dengan matlamat yang digariskan di dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan dan MyICMS 886.
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Sebagai permulaan, sebanyak 21 Pusat Komuniti Telecentre (PKT) telah diwujudkan pada tahun 2009.Secara purata, sebuah Pusat Komuniti Telecentre (PKT) akan diwujudkan di setiap daerah Negeri Melaka. Namun demikian, beberapa daerah akan mempunyai lebih daripada satu Pusat Komuniti Telecentre (PKT). Pemilihan akan dibuat berdasarkan keperluan untuk Pusat Komuniti Telecentre (PKT) di daerah tersebut dan keupayaan Pemberi Perkhidmatan yang dilantik untuk membekalkan perkhidmatan yang diperlukan.
Jumlah Pusat Komuniti Telecentre (PKT) akan ditambah pada tahun-tahun berikutnya mengikut keperluan dan permintaan semasa.
|
|
|
PENGGUNA PUSAT KOMUNITI TELECENTER (PKT) |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
i. Komuniti tempatan digalakkan untuk mendaftar sebagai Ahli Pusat Komuniti Telecenter (PKT).
ii. Faedah mendaftar sebagai Ahli Pusat Komuniti Telecenter (PKT) ialah ahli di ajar cara-cara menggunakan komputer secara berperingkat-peringkat dan mengikut modul yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka serta apa-apa keistimewaan akan diberikan kepada Ahli Pusat Komuniti Telecenter (PKT) tersebut.
.
|
|
|